Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Karnival MYFutureJobs Terengganu 2025 Tawar 3,000 Peluang Kerjaya

By 4 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz

KUALA NERUS, 23 Mei (MalaysiaAktif) – 3,000 peluang pekerjaan menanti rakyat Terengganu apabila Karnival Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Terengganu 2025 membuka tirainya semalam di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.

Para pencari kerja beratur menunggu giliran untuk ditemu duga secara langsung oleh majikan.

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Terengganu Muhamad Afiq Mohd Nawai, berkata karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei itu dijangka menarik lebih 3,000 pengunjung khususnya dalam kalangan belia dan graduan yang sedang mencari peluang pekerjaan.

β€œSebanyak lebih 40 majikan terkemuka menyertai karnival ini termasuk Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Golden Pharos Berhad, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat (Pasukan Simpanan), Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Agrobank,” katanya.

Jelasnya lagi, sebanyak 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan termasuk lebih 50 kekosongan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan hari pertama karnival menyaksikan lebih 1,000 pendaftaran secara dalam talian.

β€œIni merupakan antara inisiatif berterusan untuk memperkukuh ekosistem pekerjaan dan membuka ruang interaksi terus antara majikan dan pencari kerja,” katanya.

Pintu masuk utama Karnival MYFutureJobs yang memaparkan pelbagai tawaran kerja daripada lebih 40 majikan.

Lepasan Politeknik Dungun, Nur Syamimi, 22, dan adiknya Nur Syaima, 20, antara pengunjung awal yang hadir untuk meneroka peluang pekerjaan.

β€œKami dapat tahu tentang karnival ini melalui media sosial dan tidak mahu lepaskan peluang,” katanya.

Karnival yang dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat terkini pekerjaan melalui saluran rasmi PERKESO dan MYFutureJobs.

-ZS-

Tinggalkan komen anda