Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Karnival Ruminan Johor 2025 Tonjol Komitmen Negeri Perkasa Industri Penternakan

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Amirul Muzamil Razali

SEGAMAT, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Perasmian Karnival Ruminan Johor 2025 telah berlangsung meriah di AgrovΓ©t Segamat dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Datuk Zahari Sarip.

Mohd Kamil penerima bantuan pagar siklon dan tiang batu.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku, bacaan doa dan disusuli ucapan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor Dr. Jamaliah Senawi serta ucapan perasmian oleh Zahari.

Majlis turut menyaksikan gimik perasmian oleh Zahari serta penyerahan cek cura bantuan penternakan berjumlah lebih RM1.45 juta kepada penerima dari seluruh negeri Johor yang meliputi bantuan pagar, lembu pedaging, Projek Agromix dan mesin pemproses makanan ternakan.

Salah seorang penerima bantuan, Mohd Kamil Hitam, 60, dari Kampung Durian Chondong menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas Bantuan Pagar Siklon dan Tiang Batu dari Kerajaan Negeri Johor.

Lawatan Zahari ke khemah pameran dan usahawan.

“Dengan bantuan ini, saya lebih bersemangat untuk mengusahakan ladang ternakan ini,” katanya.

Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Lembu Hybrid bagi empat kategori utama (King, Queen, Prince, Princess) serta penyampaian sijil ladang bebas penyakit kepada tujuh penternak dan ladang ternakan di Johor yang mencapai piawaian kesihatan haiwan FMD dan Brucellosis.

Program ini memberi gambaran jelas akan usaha berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkukuh industri ternakan ruminan sebagai salah satu sumber makanan utama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda