Skip to main content
MA

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Negeri Melaka Catat Penyertaan Teramai

By 19 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek(Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Negeri Melaka kali ke-4 tahun 2025 mencatat penyertaan seramai 150 orang peserta pendidikan khas dari pelbagai sekolah dalam negeri Melaka dan merupakan penyertaan teramai sepanjang penganjuran acara tersebut.

Ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Sektor Pembangunan Murid

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Sektor Pembangunan Murid, Jamsari Mariman, berkata konsep merentas desa pada tahun ini adalah sukan memacu pencapaian Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dimana dapat meningkatkan kualiti sukan murid dan persaingan sihat di kalangan atlet.

Peserta dan guru pengiring

“Konsep ini sangat bertepatan dengan usaha kita dalam memperkasa potensi murid pendidikan khas agar terus cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik bahkan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan sahsiah”, katanya ketika merasmikan program tersebut yang berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah, semalam.

Pelbagai kategori dipertandingkan dalam kejohanan tersebut antaranya adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 19 tahun.

-AA-

Tinggalkan komen anda