Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Kerajaan Negeri Komited Rancakkan Pembangunan Kunak

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip/Mohd Rizal Matasan (Kunak)

KUNAK, 13 Mei (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha memperkasa taraf hidup rakyat dengan menekankan aspek pembangunan sosioekonomi dan kebajikan, termasuk di daerah Kunak.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan di Kunak sejajar dengan hala tuju pembangunan negeri menerusi Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Usaha ini bukan sahaja merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat, malah memastikan suara komuniti luar bandar terus diambil kira dan dilaksanakan.

Penerima bantuan perumahan SMJ menerima kunci rumah secara simbolik, mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperkasa agenda perumahan rakyat.

“Antara pengumuman penting termasuklah peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk pembinaan jeti baharu di Kampung Pangkalan, yang akan memberi manfaat besar kepada penduduk dalam aspek pengangkutan dan ekonomi harian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Ketua Menteri: Membina Masa Depan Kunak, di Padang Pekan Kunak pada Isnin.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di luar bandar dan akan terus memastikan kemudahan asas seperti jeti dan jalan raya dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pelajar cemerlang SPM dari Kunak turut diraikan sempena lawatan rasmi Hajiji ke Daerah Kunak 2025 sebagai simbol aspirasi generasi muda.

Dalam majlis itu juga, Hajiji mengumumkan penyerahan tanah oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) sebagai rizab perkampungan kepada penduduk Kampung Kunak Jaya, Bagian dan Selamat. Langkah ini dijangka membuka lebih banyak peluang pembangunan serta penempatan yang lebih tersusun dan sistematik bagi komuniti terlibat.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, Datuk Norazlinah Arif.

-RJ-

Tinggalkan komen anda