
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis perasmian Kompleks Dakwah DMDI dan Pusat Tahfiz Yayasan DMDI telah disempunakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam merangkap pengasas dan Presiden Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka ketika berucap.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pusat ini merupakan sebuah inisiatif strategik yang akan menjadi pusat rujukan dakwah serantau, penyebaran ilmu, melahirkan pelapis ulama, pendakwah profesional dan memperkukuh jaringan Islam antara negara-negara Melayu-Islam serantau.
“Kerajaan Negeri Melaka, menzahirkan setulus penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di atas peruntukan sumbangan sebanyak RM4 juta, Kementerian Ekonomi sebanyak RM1.9 juta dan JAMIYA Singapura merangkap DMDI Singapura yang telah menyumbang lebih RM300 ribu bagi merealisasikan pembangunan ini.

Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam bersama pelajar-pelajar.
“Saya menyeru semua untuk menjadikan Melaka sebagai negeri contoh, pusat kecemerlangan Islam seperti zaman kegemilangan Melayu Melaka yang mengimbangkan akidah, akhlak dan amalan, sama-sama kita berdoa agar segala usaha murni ini diberkati dan dipermudahkan Allah,” ujarnya.
-ZS-