
Laporan/foto: Noor Zulaikha Mazlan
JELI, 31 Mei (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, penduduk Kampung Kubor Datu hari ini berganding bahu dalam satu program gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan di kampung tersebut.

Kawasan tanah perkuburan Kubor Datu.
Program yang bermula seawal pukul 8.00 pagi semalam menyaksikan penglibatan aktif ahli-ahli Komuniti MADANI Kubor Datu termasuk Ketua Komuniti serta ahli jawatankuasa (AJK), selain turut disertai oleh penduduk setempat.
Menurut Ketua Komuniti MADANI Kubor Datu yang juga Tok Imam Masjid Kubor Datu Mohd Rafiee Mat Piah, program sebegini bukan sahaja bertujuan mencantikkan kawasan perkuburan, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung.

Sesi taklimat sebelum program gotong-royong bermula.
“Kami amat bersyukur kerana pihak Jabatan Penerangan memberi ruang dan sokongan untuk kami mengadakan program gotong-royong ini.
“Ia bukan sahaja menyemarakkan semangat komuniti, tetapi juga satu persediaan rohani menjelang Aidiladha,” ujarnya.
Mohd Rafieeturut berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan secara berkala demi kebaikan bersama.
-ZS-