Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Air Melintas Besar Santuni Bakal Jemaah Haji

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eli’asa’k Omar/Mohd Ridhuan

AIR MELINTAS BESAR, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Air Melintas Besar menganjurkan satu majlis istimewa bagi menyantuni tujuh pasangan bakal jemaah haji dari kariah ini, di sini semalam.

Bacaan Yasin dan doa selamat dijalankan usai solat Maghrib berjemaah

Majlis yang berlangsung di Surau Al-Mubarak itu turut dihadiri lebih 70 penduduk setempat.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Al-Mubarak Haji Musa Mohamad sebagai tanda solidariti dan restu seluruh komuniti kepada para tetamu Allah yang bakal menunaikan ibadah haji.

Pengerusi Komuniti MADANI Air Melintas Besar Datuk Haji Ahmad Darus dalam ucapannya, berkata majlis tersebut bukan sahaja bertujuan mendoakan kesejahteraan para jemaah malah sebagai wadah mempererat silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Sumbangan wang saku buat ahli jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah

β€œKita ingin menunjukkan sokongan moral kepada para jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi, doa dan restu seluruh komuniti amat penting dalam memudahkan perjalanan dan ibadah mereka,” katanya.

Sebagai simbolik penghargaan dan tanda ingatan, setiap pasangan bakal haji turut menerima sumbangan wang saku hasil kutipan komuniti setempat bagi kegunaan semasa berada di Tanah Suci kelak.

-AA-

Tinggalkan komen anda