Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Komuniti MADANI Parlimen Rasah Raikan Ibu

By 18 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith

SEREMBAN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Tanggal 11 Mei merupakan hari penghargaan dan penghormatan tambahan buat semua kaum ibu di dunia.

Ahli Parlimen Rasah ketika berucap.

Namun Komuniti MADANI Parlimen Rasah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Seremban memilih tarikh 10 Mei iaitu awal sehari bagi meraikan semua ibu di Parlimen Rasah.

Sebanyak 300 biji kek telah diedarkan secara percuma seawal pukul 9.00 pagi bagi menghargai jasa para ibu.

Penyelaras program Phang Siaw Ping, 52, berkata pihaknya memilih hari ini untuk mengedarkan kek secara percuma sebagai tanda penghargaan kerana mahu memberi laluan kepada para ibu untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang bagi meraikan Hari Ibu pada esok hari.

Kek untuk ibu-ibu.

“Kasih ibu tiada tolok bandingnya. Sambutan pada hari ini hanyalah sedikit tanda penghargaan, jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan ibu buat keluarga.

“Hargailah ibu ayah sementara mereka masih ada,” katanya.

Program ini turut dihadiri Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin yang turut mengedarkan kek serta mendoakan kesejahteraan kepada semua ibu-ibu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda