Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Konflik Manusia dan Hidupan Liar Meningkat Setiap Tahun

By 22 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)/NRES 

JOHOR BAHRU, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Konflik manusia dan hidupan liar sejak kebelakangan ini menunjukkan trend peningkatan bagi tempoh 2020 hingga 2024.

Sesi Dialog dan Majlis Pelancaran Taskforce Konflik Gajah-Manusia yang diadakan di Kota Iskandar, kelmarin.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata sebanyak 66,825 aduan berkenaan konflik manusia dan hidupan liar telah direkodkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Sepanjang tempoh itu, kerugian yang ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM46.5 juta akibat konflik haiwan liar melibatkan tapir, babi hutan, harimau, kera dan paling tertinggi adalah gajah.

“Konflik manusia dan gajah berlaku akibat disebabkan kehilangan habitat akibat perubahan guna tanah untuk pertanian, pembangunan infrastruktur dan perladangan dan menyebabkan habitat mereka terganggu dan terancam,” katanya semasa berucap dalam Sesi Dialog dan Majlis Pelancaran Taskforce Konflik Gajah-Manusia di Kota Iskandar, di sini kelmarin.

Nik Nazmi (tengah) tiba pada Sesi Dialog dan Majlis Pelancaran Taskforce Konflik Gajah-Manusia Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Tambah Nik Nazmi, gajah adalah spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Norsham Abdul Latif dan Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda