Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kontraktor PBT Kerian Diharap Mengikut Spesifikasi Kerja

By 7 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita Othman (Kerian)

PARIT BUNTAR, 31 Mei (MalaysiaAktif) – Kontraktor yang berjaya mendapatkan tawaran kerja di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian diharap mengikut spesifikasi kerja dalam melaksanaan projek yang diperolehi.

Barisan kontraktor yang hadir untuk cabutan undi.

“Diharapkan kontraktor yang berjaya ini melaksanakan projek mengikut syarat kontrak dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan daripada jabatan-jabatan yang akan mengeluarkan tawaran kerja,” kata Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari di Majlis Cabutan Undi Bersepadu, di Dewan Dato Zainal Abidin Zain, di sini Khamis lalu.

Saidi turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya memperoleh kerja.

Menurut kenyataan PDT Kerian, 148 kontraktor dipelawa untuk menyertai cabutan undi ddan hanya 105 yang layak untuk cabutan sesi undi bersepadu ini melibatkan  69 projek dengan jumlah keseluruhan RM4.6 juta daripada peruntukan Malaysian Road Record Information System (MARRIS) PDT Kerian, Peruntukan Pembangunan Negeri (P06) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kerian (JKM) bagi PDT Kerian, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan oleh IADA Kerian dan MARRIS bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

-ZS-

Tinggalkan komen anda