
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/KPDN Pahang
PEKAN, 14 Mei (MalaysiaAktif) â Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya merampas sebuah kapal dengan tangki muatan diesel, di sini, Ahad lalu.

Kapal yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di satu jeti di Pekan
Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin dalam satu kenyataan media, berkata pihaknya bertindak atas maklumat risikan yang diterima daripada PDRM yang menemui sebuah kapal sedang berlabuh dalam keadaan mencurigakan di sebuah jeti di daerah ini.
âPemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDN Pahang di bawah Ops Tiris mendapati kapten kapal yang merupakan seorang warga asing telah memaklumkan bahawa kapal tersebut terpaksa berlabuh kerana mengalami kerosakan dan turut memaklumkan bahawa minyak diesel yang dibawa digunakan bagi tujuan pembaikan kapal dan untuk diagihkan kepada 30 buah kapal lain milik syarikat yang berpangkalan di Miri, Sarawak,â katanya.

Pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas kapal yang ditemui
Tambahnya lagi, kapten kapal tersebut telah mengisytiharkan sejumlah 200,000 liter minyak diesel berada dalam simpanan kapal semasa pemeriksaan diadakan, namun, kapten gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Pengawal Bekalan berkaitan pemilikan atau urus niaga minyak diesel yang dibawa.
âPemeriksaan fizikal seterusnya telah menjumpai cecair berwarna kuning yang disyaki minyak diesel bersubsidi dalam lapan kompartment tangki kapal.
âBerikutan kegagalan mengemukakan dokumen sah dan penemuan bahan kawalan berjadual tanpa lesen yang sah, satu tindakan kes telah diambil di bawah kawalan Akta Bekalan (AKB) 1961,â ujarnya.
KPDN telah menyita minyak diesel dan kapal terbabit dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM 565,000.
-AA-