Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

KPM Umum Bantuan Tambahan Untuk SMK Sebuyau

By 18 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Abd Rahman (Sarawak)

SEBUYAU, 17 Mei (MalaysiaAktif) – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengumumkan bantuan tambahan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau.

Fadhlina (duduk tengah) meneliti buku Pembelajaran dan Pembelajaran Guru di Bilik Guru SMK Sebuyau bersama kakitangan sekolah.

Semasa lawatan tapak pembinaan bangunan baharu SMK Sebuyau, kelmarin Fadhlina turut, menjelaskan bantuan tersebut merangkumi penyelengaraan umum sekolah, baik pulih bilik guru dan sumbangan kepada kelab guru sekolah berkenaan.

“Kita mahu sekolah ini dibina segera kerana keadaan semasa sekolah yang sedia ada amat memerlukan penaiktarafan dan sekolah baharu ini diharap dapat menjadi tunjang kepada pendidikan di kawasan ini bukan sahaja untuk menangani isu keciciran tetapi juga untuk melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhan, baik dari aspek akademik mahu pun kebajikan,” katanya ditemui pemberita selepas Program Berjarah Hari Guru #terimakasihcikgu.

Fadhlina bersama warga SMK Sebuyau.

Katanya lagi, SMK Sebuyau antara sekolah yang uzur serta memerlukan intervensi segera dan beliau turut berharap pembinaan bangunan tersebut dimulakan setelah melalui proses pelantikan kontraktor yang akan diselesaikan sekitar bulan Jun ini.

“Saya juga berharap semua guru akan terus bersemangat dalam mendidik anak-anak bangsa, sehinggalah sekolah baharu ini siap dibina nanti,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda