Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Labuan Terus Pahat Sejarah dalam Kejohanan Karate Kebangsaan

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 24 Mei (MalaysiaAktif) – Pasukan karate Labuan terus mencipta sejarah gemilang dalam Kejohanan Karate senior kebangsaan MAKAF Kali Ke-43 2025 dan Kejohanan Karate Bawah 14, Kadet dan Junior Kebangsaan Kali ke-33 MAKAF 2025 yang berlangsung di Penampang, Sabah pada 13 hingga 18 Mei lalu.

Labuan Terus Pahat Sejarah dalam Kejohanan Karate Kebangsaan.

Menurut kenyataan Persatuan Karate Labuan, Labuan berjaya membawa pulang tiga emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan itu.

“Selain pulang dengan kilauan pingat pasukan karate Labuan juga memahat sejarah baharu apabila Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi, 17, menamatkan penantian selama 33 tahun sejak kejohanan itu dimulakan dengan membawa pulang pingat emas pertama dalam Kategori Kata Junior Perempuan.

“Sejarah juga dicipta Diya Khalish Kasryanto, 16, yang berjaya memenangi pingat emas untuk dua tahun berturut-turut dalam kategori Kumite Kadet Perempuan 61 kg selain Nur Ariesya Dayana Asmadie, 13, yang turut mencuri pingat emas dalam kategori U14 Perempuan Kumite 47 kg bawah 14 tahun walaupun hadir sebagai penampilan pertama dalam kejohanan itu,” menurut kenyataan itu semalam.

Nur Ariesya Dayana (dua dari kiri) juara Perempuan Kumite 47 kg bawah 14 tahun,

Sementara itu, pingat perak diraih dari acara Kata berpasukan Kadet Junior Wanita, dan dua pingat gangsa masing=masing menerusi acara Kata Berpasukan Kadet-Junior Lelaki serta kategori Kata Lelaki Senior.

“Pencapaian ini juga menjadi bukti atlet karate Labuan mempamerkan prestasi yang konsisten dan memiliki mentaliti juara selain menjadi satu peristiwa penting menandakan era baharu sukan karate di negeri ini,” menurut kenyataan itu.

Labuan menduduki tempat ke enam keseluruhan dalam kejohanan yang disertai 830 atlet dari 32 persatuan negeri dan kelab seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda