
Laporan/foto: Hamidah Abd Hamid (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 19 Mei 2025 (MalaysiaAktif) – Program Larian Komuniti Kuala Pilah yang berlangsung di Dataran Kuala Pilah, kelmarin, berjaya menarik kehadiran lebih 250 orang peserta termasuk dari Komuniti MADANI Daerah Kuala Pilah bagi menyertai aktiviti sihat sekaligus mendapatkan maklumat terkini berkaitan inisiatif- inisiatif kerajaan.

Sesi senamrobik sebelum dilepaskan untuk acara larian
Acara dimulakan seawal jam 7 pagi dengan aktiviti senamrobik dan pelepasan larian oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Nawal Mohamed Amin.

Antara peserta yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah
“Saya amat berbesar hati dapat bersama-sama komuniti Kuala Pilah hari ini dalam program yang menggalakkan gaya hidup sihat dan penyatuan masyarakat.
“Kerajaan sentiasa komited memperkenalkan pelbagai bantuan dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat, termasuk inisiatif terbaharu seperti SARA 2025,” ujar Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datok Adnan Abu Hassan ketika merasmikan majlis.
Program turut dimeriahkan dengan sesi pekongsian maklumat semasa, reruai pameran, cabutan bertuah dan program ini juga bukan sahaja berjaya memupuk semangat komuniti dan gaya hidup sihat, tetapi juga menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat kerajaan secara langsung kepada rakyat.
-AA-