Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Laungan Yakin Boleh Semarak Hari Belia Negara Daerah Pendang

By 15 Mei 2025Mei 25th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Laungan slogan Yakin Boleh bergema memenuhi ruang padang kawad Pusat Kokurikulum Daerah Pendang, Felda Sungai Tiang sempena Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pendang, hari ini.

Mohd Zhafri membuat pelepasan Fun Walk sejurus selepas Majlis Perasmian

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zhafri Datuk Haji Mohd Zohdi, Penolong Pegawai Daerah mewakili Pegawai Daerah Pendang.

Mohd Zhafri dalam ucapannya mengingatkan bahawa sesuai dengan tema Sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini iaitu Yakin Boleh, setiap individu perlu mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara.

Acara aerobathon antara aktiviti yang dipertandingkan

“Belia yang berada di sini hari ini merupakan bakal-bakal pemimpin yang akan menerajui negara pada masa akan datang.

“Tetapkan keyakinan dalam diri bahawa kita mampu menjadi yang terbaik untuk diri sendiri serta dalam masa yang sama dapat memberikan yang terbaik untuk masyarakat dan negara,” ujarnya.

Samiuon Shomidun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang selaku penganjur program pada hari ini ketika ditemui menyatakan rasa syukur dengan sambutan daripada orang ramai.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik daripada semua agensi kerajaan dan swasta yang turut hadir memeriahkan dan mencurahkan tenaga, program yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar dan baik.

“Para pengunjung kelihatan bersemangat mencuba pelbagai aktiviti menarik antaranya merasai pengalaman melakukan aksi flying fox dan memanah,” ujarnya.

Pameran kenderaan bergerak Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia antara yang turut mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung majoritinya dari kalangan pelajar sekolah.

Program berakhir pada jam 3 petang dengan jumlah pengunjung dianggarkan seramai lebih 600 orang telah menjayakan program sambutan pada tahun ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda