Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majlis Apresiasi PUO Rai 112 Pelajar Program Asasi

By 33 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 28 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 112 pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik Ungku Omar (PUO) sesi 2024/2025 diraikan dalam satu Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang penuh gemilang di Meru, di sini kelmarin.

Dr. Mohd Zahari ketika berucap.

Timbalan Pengarah Akademik PUO Norman Zamri, berkata objektif majlis itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah diri.

“Dengan penganjuran majlis seumpama ini diharapkan berjaya meningkatkan motivasi seterusnya menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk merealisasikan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Tambah Norman, beberapa pelajar telah menghasilkan produk ciptaan sendiri sehingga berpotensi untuk dipatenkan dan dimanfaatkan oleh komuniti.

Sesi bergambar seusai majlis.

“Ini membuktikan bahawa Program Asasi Teknologi Kejuruteraan berjaya membuka persepsi baharu minda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadi pemangkin untuk mencapai status negara maju,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail, menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar program Asasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kerana telah menunjukkan pencapaian cemerlang.

“Kecenderungan pelajar untuk memilih aliran TVET adalah sangat tinggi berbanding tahun sebelumnya.

“Ini adalah usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam memajukan dan menjadikan TVET bukan lagi sebagai pilihan kedua tetapi setanding dengan aliran arus perdana,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda