Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Majlis ‘Mantar Gawai’ 2025 di Spaoh Meriah

By 14 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Senie Endin (Sarawak)

SPAOH, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Mantar Gawai Dayak 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Spaoh kelmarin telah disambut dengan penuh meriah. Program ini dianjurkan oleh Komuniti Madani Paku, Spaoh dengan kerjasama Gerempong Tuai Rumah (GTR) dan Pejabat Daerah Kecil Spaoh.

Datuk Amar Douglas Uggah menyantuni masyarakat setempat semasa Majlis Mantar Gawai 2025 di Dewan Serbaguna Spaoh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam ucapannya berharap agar komuniti Iban dan GTR di Spaoh terus mengekalkan perpaduan kaum serta mengukuhkan semangat kerjasama.

Biro Wanita turut memeriahkan majlis dengan jualan pelbagai produk makanan tradisional dan kraftangan tempatan.

“Sambutan Mantar Gawai bukan sahaja dihadiri oleh kaum Dayak, malah turut disertai oleh masyarakat Cina dan Melayu. Ini membuktikan kekuatan dan keharmonian perpaduan kaum di Spaoh khususnya, dan Sarawak amnya,” katanya.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sepanjang majlis tersebut, antaranya persembahan seni pertahanan diri kaum Iban iaitu Kuntau, jualan produk makanan oleh Biro Wanita, tarian tradisional Ngajat, serta cabutan tiket bertuah.

-RJ-

Tinggalkan komen anda