Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Malaysia Dijangka Bebas Buruh Paksa Menjelang 2030

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Konvoi Jerayawara Pencegahan Eksploitasi Pekerja: Ke Arah Sifat Buruh Paksa 2030 telah dilancarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dengan kerjasama Pejabat Strategik Nasional – Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (NSO MAPO) di Ipoh Perade Shopping Mall di sini, kelmarin.

Ketua Pengarah JTK Kamal Pardi ketika menyampaikan ucapan perasmian

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kamal Pardi, program ini dilaksanakan bagi menzahirkan komitmen JTKSM dalam menyampaikan mesej pencegahan eksploitasi pekerja secara menyeluruh dan berkesan.

“NSO MAPO, agensi penguatkuasaan dan kerajaan negeri telah memberikan sokongan strategik yang sangat baik dan kami menghargai usaha tersebut dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini,” katanya.

Tambahnya, mesej aspirasi program ini jelas iaitu bebas negara bebas buruh paksa dalam kalangan pekerja.

Sesi bergambar

“Aspirasi kami jelas, tiada seorang pun pekerja harus menjadi mangsa buruh paksa,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Program jerayawara ini dijangka akan menjelajah dari negeri Perak menuju ke destinasj seterusnya iaitu negeri Perlis yang melibatkan beberapa lokasi perhentian bagi tujuan penyampaian maklumat secara langsubg kepada golongan sasar.

-AA-

Tinggalkan komen anda