
Laporan/foto: Muhaimin Musa/Bernama
KUALA LUMPUR, 28 Mei (MalaysiaAktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh peranan ASEAN dalam menangani isu serantau seperti krisis Myanmar, perubahan iklim dan ketegangan geopolitik.

PMX mengetuai Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA).
“Kita tidak boleh membiarkan penderitaan rakyat Myanmar berterusan tanpa tindakan. ASEAN mesti tampil dengan usaha yang lebih bermakna,” tegasnya.
Anwar berkata demikian ketika berucap dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini semalam.
Perdana Menteri turut mencadangkan pelantikan utusan khas ASEAN ke Myanmar serta mendesak penyelesaian damai yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

Anwar bergambar bersama pemimpin-pemimpin negara ASEAN termasuk Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao (paling kanan).
Anwar turut menyeru kerjasama serantau dipertingkat dalam bidang tenaga boleh baharu dan pembangunan mampan bagi menangani perubahan iklim.
Dalam isu Laut China Selatan, beliau menekankan kepentingan perpaduan ASEAN dalam mempertahankan kestabilan rantau.
Malaysia kini memegang jawatan Pengerusi ASEAN 2025 dan berhasrat memacu pendekatan lebih inklusif serta dinamik demi kesejahteraan serantau.
-ZS-