
Laporan/foto: Muhaimin Musa/Muhammad Azrul Hafiz Mohamad Nazri
KUALA LUMPUR, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama pelbagai agensi keselamatan telah melaksanakan Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dari 5 hingga 7 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sidang media sempena Program Latih Amal Keselamatan Negara Kepengerusian ASEAN 2025
Latihan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi krisis keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei ini.

Situasi unit pemusnah bom meneutralkan insiden kotak mencurigakan ketika Latih Amal Keselamatan Negara Kepengerusian ASEAN 2025
Ia melibatkan 26 entiti kerajaan serta rakan strategik seperti PETRONAS, TNB, TM dan Sapura Research.
Latihan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu simposium, latihan meja (TTX) dan latihan lapangan (FTX) dengan fokus kepada ancaman seperti keganasan, sabotaj, serangan siber dan ancaman bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (CBRNe).
Inisiatif ini turut selaras dengan pengaktifan Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) oleh PDRM di bawah Arahan MKN No. 18 sebagai persiapan rapi sepanjang tempoh kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
-AA-