Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Malaysia Ungguli Inventori Data Terbuka 2024, Catat Skor Keterbukaan Data Sempurna

By 5 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azrul Hafiz/Muhaimin Musa

KUALA LUMPUR, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Malaysia telah mencatat pencapaian membanggakan dengan menduduki tempat pertama dalam Inventori Data Terbuka (ODIN) 2024/2025, yang mengukur kelengkapan penawaran statistik sesebuah negara dan pematuhannya terhadap piawaian keterbukaan antarabangsa.

Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama kakitangan beliau semasa majlis berlangsung

Menurut Pengarah Perangkaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Siti Zakiah binti Muhamad Isa, yang ditemui Malaysia Aktif pagi tadi, berkata Inventori Data Terbuka (ODIN) ini sebenarnya adalah satu penilaian yang dibuat oleh Open Data Watch berkenaan dengan keterbukaan dan juga coverage bagi data-data rasmi sesebuah negara.

Pengarah DOSM Kuala Lumpur menandatangani kain rentang sebagai gimik perasmian majlis 

“Jadi untuk Malaysia pada tahun ini, Alhamdulillah, kita telah berjaya mendapat tempat pertama di mana pada tahun sebelum ini kita berada di tempat 67 daripada 198 negara sebelum ni,” ujarnya.

“Untuk tahun ni kita telah mendapat tempat pertama dan berdasarkan kepada skor yang diperolehi dari segi keterbukaan, kita telah mengumpul sebanyak 99 markah dan secara keseluruhannya Malaysia telah mendapat 90 markah untuk penilaian yang dibuat.

“Syabas dan tahniah kepada Malaysia dan khususnya kepada Jabatan Perangkaaan Malaysia sebagai pengumpul data statistik rasmi negara, dan juga data yang disebarkan kepada semua pengguna-pengguna,agensi, jabatan dan Kementerian,” tambah beliau.

-AA-

Tinggalkan komen anda