Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Melestarikan Permainan Tradisional Warisan Budaya Malaysia

By 19 Mei 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azri Zainal Abidin/Normaisarah Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Mei (MalaysiaAktif) – ā€œPermainan tradisional adalah salah satu elemen penting dalam warisan budaya Malaysia yang wajar dipelihara dan dipertahankan. Di tengah-tengah arus modenisasi dan kemajuan teknologi, permainan tradisional mungkin kelihatan seperti sesuatu yang ketinggalan zaman. Namun begitu, ia sebenarnya membawa banyak kebaikan dan memberi impak yang besar kepada masyarakat dan negara,ā€ demikian kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Sembang Santai – Pertandingan Congkak Dan Dam Aji anjuran bersama Komuniti MADANI OUG, Komuniti MADANI Bukit Jalil, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Seputeh dan Persatuan Penduduk Perumahan Apartmen Sri Rakyat, Bukit Jalil di Dewan Serbaguna, Apartmen Sri Rakyat, Bukit Jalil semalam.

Kaunter Perkhidmatan NADI turut dibuka semasa programĀ berlangsung

Tambahnya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mengetengahkan permainan tradisional pada ruang masing-masing supaya ia dapat dikekalkan sebagai budaya penduduk setempat amnya dan rakyat Malaysia khasnya.

Program sehari tersebut berjaya menghimpunkan hampir 100 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur, jantina dan pelbagai bangsa.

Melalui program ini, penduduk bukan sahaja dapat bersukan malahan menjadi platform membina perpaduan, setiakawan, keharmonian, sikap bertolak-ansur dan rasa hormat antara satu dengan yang lain walaupun berbilang kaum.

Menurut seorang pengunjung, Sivakrishnan S. Sinniah, 62, melalui permainan tradisional, kita dapat belajar tentang nilai-nilai seperti kerjasama, kejujuran, kesabaran, dan sikap hormat-menghormati.

ā€œDengan menghidupkan semula permainan tradisional dalam aktiviti masyarakat, kita dapat mengeratkan silaturahim antara generasi tua dan muda serta menghidupkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat,ā€ katanya.

Beliau yang juga seorang pesara guru hadir ke program tersebut untuk menyokong usaha murni yang dijalankan oleh pihak penganjur program ini.

Sementara itu, Rosmawati Mat Jusoh, 44, memaklumkan permainan tradisional juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya fikir dan kreativiti seseorang individu. Banyak permainan tradisional memerlukan pemain untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menang.

Salah seorang pengunjung yang hadir, Alex Ho Ka Ping

ā€œSebagai contoh, dalam permainan seperti dam haji atau congkak, pemain perlu merancang strategi dan memikirkan beberapa langkah ke hadapan untuk mencapai kemenangan. Ini membantu merangsang otak dan melatih minda agar lebih cergas dan tajam,ā€ ujarnya.

Dalam pada itu, ketua penganjur program ini, Alex Ho Ka Ping, 42, menyatakan atas kesedaran tentang pentingnya menjaga nilai warisan negara, pihaknya menerusi kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program ini sebagai usaha menyemarak dan mengangkat kembali keunikan kesenian serta warisan tradisi menerusi permainan tradisional.

ā€œKita perlu mengambil tanggungjawab memelihara tradisi ini menerusi pelbagai acara yang boleh kita susun. Dari segi sambutan, program hari ini amat baik dan ini menunjukkan masyarakat kita walaupun berbilang bangsa dapat bersatu padu menerusi program seperti ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Komuniti MADANI OUG, Parlimen Seputeh dan Pengerusi MPP Sub Zon 4, Parlimen Seputeh berharap program sebegini dapat dianjurkan setiap tahun bagi menyemarakkan budaya masyarakat Malaysia supaya ia tidak ditelan zaman.

Turut hadir semasa Program tersebut ialah Pengerusi MPP Parlimen Seputeh,Ā AliceĀ Lan.

-AA-

Tinggalkan komen anda