
Laporan/foto: Zaidy Salim/Bernama
PUTRAJAYA, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berpuashati persiapan kesalinghubungan yang disediakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di ibu negara pada minggu hadapan.
“Setakat ini saya juga telah melihat persiapan dari segi kesalinghubungan ataupun connectivity.
“Di sini saya dapati ada di (dalam) kalangan telco (syarikat telekomunikasi) tahap kelajuannya antara 300 ke 600 mbps,” katanya.
Menteri Komunikasi itu, berkata demikian di Sidang Media Mingguan selepas melakukan tinjauan ke Pusat Media Antarabangsa (IMC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung dari 26 hingga 27 Mei ini, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyediakan 31 buah 5G in a box untuk dimanfaatkan di semua Mesyuarat ASEAN di pelbagai peringkat.
“Kalau di pusat media, ada yang mencecah hampir 1 Gbps.
“Ini satu persiapan yang baik dan saya akan minta supaya beberapa perkara diteliti juga,” katanya.
Katanya lagi, MCMC juga manyediakan 26 unit 5G in a box yang lebih kecil yang dipasang di seluruh lokasi sidang kemuncak ASEAN.
“Setakat ini saya mendapati untuk menggunakan 5G untuk mobile (mudah alih), kelajuan Internetnya amat baik,” katanya.
-ZS-