Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

MRSM Kepala Batas Diabadikan Sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eliasak Omar/Mohd Ridhuan

KEPALA BATAS, 12 Mei (MalaysiaAktif) – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas kini dikenali secara rasmi sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai penghormatan kepada mantan Perdana Menteri kelima yang juga anak jati kawasan ini.

Rezal Merican ketika berucap pada Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Majlis pemasyhuran penuh bermakna itu telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap pihak bertanggungjawab terhadap MARA.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pemasyhuran ini bukan sekadar satu acara rasmi sebaliknya lambang penghargaan yang mendalam terhadap jasa dan legasi seorang tokoh negarawan terbilang.

“Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja mantan Perdana Menteri, tetapi figura yang disayangi dan dihormati warga Kepala Batas.

“Sayu hati mengenangkan jasa dan keperibadian beliau yang begitu luhur, namun dalam masa yang sama saya bersyukur dan berasa amat bangga kerana nama beliau (Tun Abdullah) akan diabadikan pada institusi pendidikan unggul ini,” katanya ketika berucap, di sini hari ini.

Ahmad Zahid (duduk tengah) bergambar bersama semua yang hadir di Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi

Reezal turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri atas kelulusan segera bagi penamaan semula MRSM ini sebagai satu bentuk pengiktirafan yang amat bermakna kepada tokoh besar negara.

MRSM ini turut mempunyai nilai sentimental dan sejarah tersendiri kerana menjadi institusi perintis kepada Program Ulul Albab, sebuah inisiatif pendidikan berteraskan integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi yang dicetuskan sendiri oleh Allahyarham Tun Abdullah semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda