
Laporan/foto: Nazrin Fadar/Mohd Hafiz (Muallim)
SLIM RIVER, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Satu simulasi bencana kepala air telah dilaksanakan di kawasan antara Jambatan Besi Kampung Tengah hingga Jambatan Besi Kampung Kuala Slim, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim Supritenden Mohd Hasni Mohd Nasir sedang menyampaikan taklimat kepada agensi yang terlibat.
Simulasi ini telah melibatkan 150 orang peserta dan lima agensi utama iaitu Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Kecemasan Hospital Slim River, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim Superitenden Mohd Hasni Mohd Nasir, simulasi ini memberi fokus kepada dua komponen utama iaitu pemindahan mangsa dan menyelamat mangsa yang hilang akibat kepala air.
“Kita ingin menguji kecekapan sistem amaran awal, keberkesanan koordinasi antara agensi dan memastikan penduduk sedar terhadap risiko bencana.

Taklimat penyelamatan mangsa kepala air.
Pegawai Daerah Muallim dalam ucapannya menegaskan kepentingan kesiapsiagaan bersepadu dalam mengurangkan impak bencana dan menyelamatkan nyawa.
Program ini telah berjaya memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti dalam menghadapi bencana alam secara proaktif.
-ZS-