
Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa (Melaka Tengah)
MELAKA TENGAH, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu daripada sembilan NADI baharu yang telah dibina di Negeri Melaka melalui ‘1 DUN 1 NADI’ dengan inisiatif memperkukuh ekosistem digital rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

ADUN Kesidang ketika menyampaikan ucapan..
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang Allex Seah Shoo Chin, berkata ruang dan peluang ini perlu digunakan sebaiknya untuk menambah ilmu dan menjana pendapatan.
“Jadilah ahli NADI dan ikuti program keusahawanan yang disediakan.

ADUN Kesidang merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pokok Mangga Kampung Padang.
“Saya menyeru kepada semua pemimpin tempatan dan penduduk setempat agar hebahkan fungsi dan manfaat NADI kepada segenap lapisan masyarakat, ambillah bahagian dalam program-program yang ditawarkan dan jangan biarkan premis ini hanya cantik dari luar tetapi sepi di dalam, kita bentuk komuniti digital bersama-sama,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Fairul Nizam Roslan.
-ZS-