Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Nasi Kandar Pelita Simbol Kepelbagaian Budaya

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

MELAKA 29 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah merasmikan pembukaan  Restoran Nasi Kandar Pelita cawangan Melaka, yang merupakan cawangan pertama di Negeri Melaka dan ke-30 di seluruh Malaysia.

Ab Rauf hadir merasmikan pembukaan Restoran Nasi Kandar Pelita Cawangan Melaka.

Menurut Ab Rauf, Nasi Kandar Pelita bukan sekadar sebuah restoran malah adalah simbol kepelbagaian budaya, kesatuan dalam cita rasa dan kisah kejayaan keusahawanan anak tempatan yang mengangkat warisan kulinari negara ke satu tahap yang membanggakan.

“Kerajaan negeri sentiasa membuka peluang dan mengalu-alukan semua usahawan-usahawan dan pemain industri untuk melabur di Melaka, berbakti kepada rakyat dan bersama-sama membina negeri yang makmur, inklusif dan lestari.

Orang ramai pelbagai kaum hadir menikmati Nasi Kandar dalam majlis yang berlangsung semalam.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Nasi Kandar Pelita atas pembukaan rasmi cawangan Melaka ini, semoga terus maju jaya dan terus menyinari kehidupan dan budaya kulinari masyarakat Malaysia khususnya di negeri Melaka,” ujarnya dalam majlis tersebut, semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda