Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Nasihat Guaman Percuma di Sekinchan

By 1 jam yang laluTiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SEKINCHAN, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jelajah Justice on Wheels (JOW) memberi ruang kepada masyarakat setempat mendapatkan nasihat guaman secara percuma.

Program yang berlangsung di Dewan Sri Sekinchan merupakan inisiatif dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) Negeri Selangor yang bertujuan memberi kesedaran, pendedahan dan nasihat undang-undang kepada masyarakat setempat.

Antara tetamu yang hadir sempena sempena Program Jelajah Justice On Wheels (JOW) di Dewan Seri Sekinchan

Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Selangor, Anisah Normah Muhammad Nor, berkata Program JOW bersama van bergerak yang menyediakan ruang untuk sesi perbincangan nasihat guaman bersama orang ramai ini akan menjelajah ke kawasan-kawasan sekitar Selangor yang bertujuan untuk memperkenalkan dan hebahan kepada orang ramai mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JBG.

“JBG menyediakan khidmat guaman termasuk khidmat nasihat berdasarkan undang-undang mengikut permasalahan individu termasuk bantuan guaman sivil dan Syariah.

Salah seorang pengunjung mendapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai Jabatah Bantuan Guaman sempena Program Jelajah Justice On Wheels (JOW) di Dewan Seri Sekinchan

“Kita akan beri khidmat nasihat dahulu, sekiranya individu tersebut layak dibantu, kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah, namun sekiranya kes tersebut di luar bidang kuasa JBG tetapi ada merit, juga boleh dibawa ke mahkamah tetapi mesti mendapat kelulusan daripada Menteri,” katanya ketika ditemui di Program Jelajah Justice on Wheels (JOW), semalam.

Anisah turut menjelaskan bantuan guaman percuma turut diberikan kepada mana-mana individu yang berpendapatan kurang daripada RM 50,000 setahun.

Namun, sekiranya pendapatan setahun melebihi RM 50,000 atau RM 70,000, individu tersebut akan melalui ujian kemampuan (means test) berdasarkan pengiraan gaji dan lain-lain pendapatan serta perlu mendapat kelulusan Menteri terlebih dahulu bagi kes yang bermerit untuk difailkan di mahkamah dengan hanya dikenakan sedikit bayaran.

Salah seorang pengunjung, Norahimah Baba, 61, yang juga merupakan penerima sumbangan asnaf mengungkapkan rasa syukurnya menerima bantuan dari JBG.

“Saya baru tahu mengenai bantuan guaman secara percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan saya juga berpeluang melawat pameran yang disediakan,” ujarnya.

Antara program yang turut berlangsung sempena Program JOW adalah program santuni asnaf, literasi undang-undang, klinik bantuan guaman serta pameran reruai dari agensi kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Daerah, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Kerajaan mengambil pendekatan baharu untuk meningkatkan kefahaman masyarakat, khususnya di luar bandar terhadap aspek perundangan menerusi perkhidmatan klinik guaman bergerak ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda