Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Padang Kemahkotaan Tumpat jadi Destinasi Rekreasi Pilihan

By 55 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sanusi Hassan

TUMPAT, 31 Mei (MalaysiaAktif) – Padang Kemahkotaan Tumpat kini semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi utama untuk aktiviti riadah seperti berjoging, bersenam, dan bersantai bersama keluarga.

Orang awam yang hadir untuk beriadah.

Terletak di tengah-tengah kawasan Pekan Tumpat, padang ini menawarkan suasana yang selesa dan bersih, selain dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas awam dan kawasan letak kereta yang mencukupi.

Kemudahan ini menjadikan kawasan tersebut mesra pengguna dan sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut seorang pengunjung tetap, Mohd Khairil Abdullah Mohd Zawawi, 21, yang berasal dari Chabang 4 Tok Mek Ngah, beliau menjadikan padang ini sebagai lokasi rutin untuk bersenam demi menjaga kesihatan.

“Saya suka datang ke sini kerana kawasannya luas, tempat letak kereta mencukupi, tandas tersedia dan suasana yang bersih menjadikan pengalaman bersenam lebih menyenangkan,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Mohd Khairil dari Chabang 4 Tok Mek Ngah.

Padang ini bukan sahaja menarik perhatian golongan muda, malah turut menjadi pilihan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain, serta individu dewasa yang ingin berehat selepas seharian bekerja.

Landskap yang hijau dan redup juga menambahkan nilai ketenangan dan keselesaan kepada para pengunjung.

Penduduk setempat menyatakan harapan agar pihak berkuasa tempatan terus mengekalkan kebersihan dan penyelenggaraan kemudahan di kawasan ini, bagi memastikan Padang Kemahkotaan Tumpat kekal sebagai lokasi riadah yang sihat dan berkualiti untuk jangka masa panjang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda