Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pahang Negeri Contoh Berintegriti Tinggi

By 22 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Ikrar Bebas Rasuah atau IBR merupakan satu janji dan komitmen yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan warganya atas kapasiti individu untuk sesekali tidak terlibat dalam kesalahan jenayah rasuah.

Wan Rosdy menandatangi IBR.

Matlamat utama IBR adalah bagi memastikan kepimpinan dan warga organisasi sentiasa mengutamakan integriti dalam melaksanakan tugas dan amanah mereka.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azmi Kamaruzaman, IBR yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini wajar dipuji.

“Saya bagi pihak SPRM dan secara peribadi, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Menteri Besar Pahang kerana telah menyambut inisiatif Ikrar Bebas Rasuah yang dipelopori oleh SPRM ini, dengan begitu positif sekali,” katanya sewaktu berucap di Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Negeri Pahang, di sini, kelmarin.

Bergambar bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ujarnya lagi, kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang ini merupakan suatu cerminan kepada sokongan berterusan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM, untuk terus berusaha bersama-sama bagi memastikan Negeri Pahang khususnya, dan negara kita amnya, bersih dan bebas daripada jenayah.

“Inisiatif pelaksanaan Majlis IBR ini juga diharap mampu memperkukuhkan integriti dan meningkatkan sokongan Pentadbiran Kerajaan Negeri, khususnya pemimpin politik dalam usaha membendung dan mencegah jenayah rasuah dari menular dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, para pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang menandatangani IBR.

-ZS-

Tinggalkan komen anda