Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PDRM Turun Padang Didik Isu Keselamatan

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Aminah Abdullah

IPOH, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama strategik Komuniti MADANI DUN Canning telah menganjurkan sesi dialog PDRM bersama-sama penduduk setempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Perak, di sini semalam.

Sesi Dialog PDRM bersama komuniti setempat.

Menurut Timbalan Yang di-Pertua Dewan Ngeri Perak Jenny Choy Tsi Jen, pendekatan outreach community (khidmat masyarakat komuniti) dibuat bagi membincangkan mengenai isu-isu setempat seperti keselamatan dan usaha-usaha PDRM dalam menangani kes jenayah.

Choy Tsi Jen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, berkata program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat setempat melalui pendekatan turun ke peringkat akar umbi.

Menurut peserta yang juga penduduk di situ Thomas Wong, 62, program sebegini sangat bagus kerana dapat bertemu dan menerima penerangan serta panduan daripada PDRM.

“Sesi dialog ini juga sebagai platform untuk penduduk menyuarakan kebimbangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak polis mengenai langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi memastikan kawasan tempat tinggal mereka lebih selamat,” katanya.

Jenny bersama-sama PDRM, ahli-ahli Komuniti MADANI DUN Canning dan penduduk di sesi bergambar.

Pegawai Penyelaras NADI Taman Perak Aina Nadhirah Hamidi juga menyambut baik program yang dilaksanakan ini.

“Ini merupakan julung kali program sebegini diadakan di NADI ini dan berharap program seperti ini diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Komuniti MADANI Canning A merangkap Ahli Majlis Bandaraya Kawasan Canning Lam Yew Tact.

-ZS-

Tinggalkan komen anda