Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pelajar PPKI SK Sungai Korok Lama Lawat Kilang Coklat Nokona

By 28 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)

JITRA, 28 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 35 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama, Alor Setar telah berpeluang melawat Kilang Coklat Nokona di Jitra dalam satu lawatan sambil belajar yang penuh bermanfaat dan menyeronokkan, hari ini.

Pelajar sedang menghias coklat masing-masing bersama guru

Lawatan tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang proses penghasilan coklat serta peluang kerjaya dalam bidang pemprosesan makanan.

Rombongan pelajar turut diiringi oleh beberapa orang guru pengiring.

Abbas sedang memberikan taklimat tentang penghasilan coklat

Mohd Abbas, 24, wakil dari Kilang Coklat Nokona yang memberikan taklimat kepada para guru dan pelajar, berkata bahawa pada peringkat awal, coklat sedia ada di pasaran digunakan  untuk menghasilkan produk coklat Nokona.

Namun kini, kilang tersebut mampu memproses coklat sepenuhnya bermula dari biji koko hinggalah kepada produk akhir.

“Kami sangat berbangga kerana kini dapat mengendalikan keseluruhan proses pengeluaran coklat sendiri. Ini membolehkan kami mengawal kualiti dan rasa yang lebih asli,” katanya semasa sesi taklimat.

Salah seorang pelajar, Daniel Mikail, 8, meluahkan rasa teruja dan gembira kerana dapat melihat sendiri cara coklat dihasilkan.

“Saya sangat seronok. Saya belajar macam mana coklat dibuat dari awal, dan saya boleh buat coklat sendiri hari ini,” kata Daniel dengan senyuman lebar.

Lawatan ini diharap dapat meningkatkan minat pelajar PPKI terhadap bidang kemahiran hidup serta memberi inspirasi kepada mereka untuk meneroka pelbagai potensi diri dalam bidang industri makanan.

-AA-

Tinggalkan komen anda