Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pelaksanaan Parkir Pintar di Jempol

By 1 hari yang lalu13 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 3 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) melakar sejarah baharu dalam usaha mendigitalkan perkhimatan bandar, apabila secara rasminya melancarkan sistem Parkir Pintar dengan penggunaan aplikasi JomParking, hasil kerjasama strategik bersama Govicle Sdn Bhd.

Sesi bergambar bersama YB EXCO

Inisiatif ini bertujuan memberikan kemudahan maksimum kepada warga Jempol dan para pengunjung melalui kaedah pembayaran parkir yang lebih mudah, cepat dan mesra pengguna terus di hujung jari.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Mohd Nazri Mulup, pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan dan antara ciri-ciri menarik mengenai aplikasi JomParking adalah pembayaran mudah dan pantas, peringatan masa dinyatakan melalui notifikasi di telefon bimbit dan bermacam-macam lagi.

“Sebagai tambahan kepada penggunaan aplikasi mudah alih, Majlis Perbandaran Jempol turut memperkenalkan kupon digital yang boleh diperoleh daripada ejen yang sah bagi kemudahan kepada warga emas yang tidak tahu untuk menggunakan aplikasi ini.

Penguatkuasa MPJL memahami penggunaan aplikasi baru

“Walau bagaimanapun, penggunaan kupon secara fizikal masih diteruskan sehingga dimaklumkan bagi memberi pilihan kepada pengguna sepanjang tempoh peralihan ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Pengaplikasian parkir pintar akan berkuatkuasa bermula 2 Mei 2025.

Majlis pelancaran pelaksanaan parkir pintar turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap ADUN Kawasan Bahau, Tuan Teo Kok Seong .

-AA-

Tinggalkan komen anda