
Laporan/foto: Noor Sazarina (Petaling)
SUNGAI BULOH, 17 Mei (MalaysiaAktif) – Program Hari Terbuka Pusat Komuniti Desa Paya Jaras 2025 yang diadakan hari ini membawakan pelbagai insentif daripada kerajaan untuk dimanfaatkan oleh penduduk dan komuniti setempat.

Antara peserta pertandingan mewarna.
Program yang diadakan di Pusat Komuniti Desa Paya Jaras itu berjaya menarik minat lebih 500 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Salah seorang peniaga, Umi Ahmad, 65, berkata program ini perlu diketengahkan ke peringkat akar umbi kerana bantuan dan insentif kerajaan banyak memberi kelebihan kepada rakyat.
“Program begini memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya kepada peniaga kecil dan sederhana dimana pelbagai peluang perniagaan dan bantuan disediakan oleh kerajaan.
“Peniaga perlu mengambil peluang melalui insentif yang disediakan oleh kerajaan ini,” katanya ketika ditemui dalam program tersebut di sini.

Mohd Aliff ketika ditemu bual.
Menurut Pengurus Pusat Komuniti Desa Paya Jaras Mohd Aliff Mohd Ali, program ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman dan penjelasan berkenaan insentif yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta kepada rakyat.
“Banyak bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat.
“Tujuan program ini dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk dan komuniti setempat berkenaan untuk mengetahui sendiri insentif-insentif yang dikhususkan untuk rakyat,” katanya.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena program tersebut, antaranya ceramah dan taklimat agensi, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, jualan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), pameran dan cabutan bertuah.
-ZS-