Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pencinta Barangan Antik: Pasar Karat Tasek Gelugor Lokasi Wajib Anda

By 18 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman

TASEK GELUGOR, 13 Mei (MalaysiaAktif) – Terletak di pekan Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pasar Karat Tasek Gelugor menjadi tumpuan pengunjung yang memburu barangan antik dan vintaj yang sarat dengan nilai sentimental.

Kraftangan anyaman antara barangan yang terdapat di Pasar Karat Tasek Gelugor

Beroperasi setiap malam kecuali Isnin, dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam, pasar ini cukup meriah dengan deretan gerai yang menjual pelbagai barangan klasik daripada perabot lama, koleksi memorabilia, alat muzik zaman silam hinggalah ke barangan unik yang sukar ditemui di tempat lain.

Terletak di lokasi strategik dalam kawasan Pusat Komersial Tasek Gelugor, akses ke pasar ini amat mudah bagi pengunjung dari kawasan sekitar mahupun luar daerah.

Pengunjung mengambil kesempatan di waktu malam untuk berkunjung ke Pasar Karat di Perkarangan Pusat Kommersial Tasek Gelugor

Namun Pasar Karat Tasek Gelugor bukan sekadar lokasi jual beli, ia turut berfungsi sebagai ruang komuniti yang menghidupkan suasana kampung dan kebersamaan.

Di sinilah tempat penduduk tempatan dan pelawat beramah mesra, bertukar cerita dan berkongsi kenangan silam sambil menikmati suasana angin malam.

Bagi pengunjung setia Rahim Ismail, 52, yang berasal dari Kepala Batas, pasar ini ibarat terapi jiwa.

“Saya mai sini hampir setiap minggu, kadang-kadang tak beli apa pun tapi seronok tengok barang-barang lama.

“Bukan saja dapat barang unik, tapi dapat jumpa kawan-kawan lama juga,” katanya sambil tersenyum.

Bagi sesiapa yang ingin menyelami keunikan budaya tempatan sambil mencari barangan penuh nostalgia, Pasar Karat Tasek Gelugor wajar dijadikan destinasi wajib singgah.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda