Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pendidikan Awal Kunci Pencegahan Dadah

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Pengajaran dan pendidikan awal mampu menjadi kunci utama untuk mencegah penyalahgunaan dadah.

“Seluruh lapisan masyarakat perlu berganding bahu dalam usaha membanteras gejala penagihan dadah khususnya dalam kalangan generasi muda dan pendidikan awal adalah kunci pencegahan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Daniel Gooi Zi Sen ketika hadir merasmikan Sambutan Hari Peringatan Antidadah Peringkat Negeri Pulau Pinang, di sini kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Danial Gooi Zi Sen, hadir merasmikan program.

Program berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang Bubuk 2 hasil inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang dengan kerjasama pihak sekolah.

Pengarah AADK Pulau Pinang Roswati Apin turut menekankan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah tidak boleh dipandang ringan.

“Penyalahgunaan dadah bukan sahaja merosakkan masa depan individu, malah menggugat keharmonian keluarga dan masyarakat, oleh itu usaha mencegahnya harus bermula dari akar umbi dan melibatkan semua pihak,” ujarnya.

Program yang padat dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti ceramah kesedaran, pameran antidadah, pertandingan mewarna serta demonstrasi anjing pengesan (K9) ini berjaya menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Selain itu, penduduk setempat turut mengambil peluang mendapatkan khidmat nasihat serta menjalani saringan awal secara percuma sebagai langkah pencegahan awal terhadap penyalahgunaan dadah.

Turut hadir Guru Besar SK Machang Bubuk 2 Jura Haji Hamid dan Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Muhammad Zuhairi Zulkiplee.

-ZS-

Tinggalkan komen anda