Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pengesanan Awal Kunci Utama Cegah Penularan Tibi

By 11 Mei 20252 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: S. Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Program Kesedaran Penyakit Tibi bersempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Daerah Seberang Perai Tengah, mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Perkongsian daripada pakar kesihatan turut diadakan melalui slot Sembang Santai

Program dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr. Rozaini Mat Shah, yang menegaskan keperluan masyarakat untuk lebih peka terhadap penyakit Tibi yang masih menjadi antara ancaman kesihatan awam di Malaysia.

“Pengesanan awal adalah kunci utama bagi mencegah penularan Tibi dalam kalangan komuniti.

Reruai saringan Tibi dan pemeriksaan kesihatan menjadi tumpuan pengunjung

“Usaha berterusan melalui pendekatan turun padang seperti ini amat penting untuk mendekatkan mesej kesihatan ini kepada rakyat,” ujar Dr. Rozaini ketika menyampaikan ucapan perasmian, di sini semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program termasuk Funwalk, ceramah kesedaran mengenai HIV dan bahaya merokok/vape, pameran interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma seperti saringan Tibi dan pergigian serta aktiviti kecergasan memeriahkan acara.

Turut serta beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program, sekali gus menyerlahkan semangat kolaboratif dalam menyampaikan mesej kesihatan secara santai dan mesra komuniti.

Program ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian orang ramai malah memberi impak positif dalam memperkukuh kesedaran awam serta mendokong aspirasi negara ke arah Malaysia bebas Tibi.

-AA-

Tinggalkan komen anda