Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Penjawat Awam Terima Latihan Kebakaran Tingkat Kesiapsagaan Hadapi Kecemasan

By 23 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal

GUA MUSANG, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Latihan kebakaran dan keselamatan yang dikendalikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak khususnya penjawat awam bagi memastikan tindakan pantas dan tepat dapat diambil ketika berdepan situasi kecemasan.

Taklimat dari Pegawai Bomba Kanan Daerah Gua Musang.

Pegawai Bomba Kanan Daerah Gua Musang Mohd Razani Mama, berkata latihan ini penting kerana ia memberikan pendedahan tentang cara menyelamatkan diri serta mengenal pasti laluan kecemasan di dalam bangunan.

“Latihan seperti ini bukan sekadar rutin semata-mata.

“Ia melibatkan soal nyawa dan saya berharap semua peserta benar-benar mengambil maklum dan memberi perhatian penuh terhadap setiap perkara yang dikongsikan,” katanya ketika menyampaikan taklimat sempena program latihan kebakaran dan keselamatan di Bangunan Kerajaan Persekutuan, di sini pagi semalam.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Abdul Baasit Mohd Nawawi, berkata pendedahan sebegini amat penting untuk memastikan masyarakat sentiasa peka dan bersedia menghadapi situasi kecemasan, khususnya sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Peserta yang hadir di latihan kebakaran dan keselamatan.

“Penerangan berkenaan teknik mengendalikan alat pemadam api dengan cara yang betul dapat memberi keyakinan kepada peserta untuk bertindak pantas sekiranya berlaku kebakaran,” ujarnya.

Seramai 60 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi di Bangunan Kerajaan Persekutuan Gua Musang telah menyertai program ini.

Para peserta turut diberi peluang secara praktikal untuk mengendalikan alat pemadam api dan memadam kebakaran kecil sebagai sebahagian daripada latihan.

Inisiatif seperti ini diharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kesedaran dalam kalangan penjawat awam terhadap aspek keselamatan dan pengurusan risiko kebakaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda