
Laporan/oto: Nor Emylia Lot/Maherah Marina Mahusin (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 5 Mei (MalaysiaAktif) ā Kampung Bukit Petiti, Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading meriah apabila komuniti setempat menganjurkan Pertandingan Sepak Penalti sempena program santai hujung minggu bertempat di Padang Bola Kampung Bukit Petiti, di sini kelmarin.

Muhammad Adwa berharap pertandingan ini akan diteruskan pada masaĀ akanĀ datang
Program anjuran Komuniti MADANI Kampung Bukit Petiti itu menjadi medan santai yang bukan hanya mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak, malah berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.
Kasim Yusuf, Ketua Komuniti MADANI kampung berkenaan, memaklumkan aktiviti seperti ini menjadi simbol kesatuan dan keharmonian kampung.

Ahmad Nasyadiey teruja dapat peluang menambah kenalan baharu dari kampung sekitar
āKami mahu wujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kejiranan yang utuh. Aktiviti seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan pengisian yang lebih menarik dan sihat,ā katanya.
Antara yang mencuri tumpuan adalah peserta termuda, Muhammad Adwa Syahmi Raimi, 13, yang teruja menyertai pertandingan ini dan gembira dapat mempamerkan bakat dan berentap bersama rakan-rakan.
“Saya berharap agar pertandingan ini dapat diadakan setiap tahun,ā katanya dengan wajah ceria.
Bagi peserta Ahmad Nasyadiey Iman Adnan, 14, pertandingan itu membuka peluang untuknya mengenali lebih ramai rakan dari kampung sekitar.
āBukan saja seronok, tapi saya dapat ramai kawan baru dan berharap lebih banyak pertandingan diadakan seperti futsal, bola jaring atau sukan rakyat pada masa akan datang,” katanya
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada penduduk kampung yang hadir memberi semangat, sekali gus menjadikan suasana meriah dan membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan hati serta semangatĀ komuniti.
-AA-