Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pickleball Trend Sukan Terkini dalam Arena Sukan Malaysia

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraznaliza Mohd Asri/Elyas Hisyam Mat Zin

KUALA LUMPUR, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Pickleball merupakan sukan raket yang semakin popular di kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur dan mendapat perhatian penggemar sukan di Malaysia.

Hamizi Mat Juah, Ketua Komuniti MADANI Taman Maluri

Bagi yang pertama kali melihatnya, sukan ini mungkin mengingatkan pada permainan tenis atau pingpong.

Kini, Taman Maluri mempunyai gelanggang Pickleball yang terletak di Dewan Rekreasi Taman Maluri, Jalan Perkasa 1, Titiwangsa.

Gelanggang Pickleball ini menawarkan sewaan yang murah terutamanya kepada golongan belia di kawasan Parlimen Titiwangsa.

Antara kehadiran orang awam yang hadir bermain sukan Pickleball

Menurut Ketua Komuniti MADANI Taman Maluri, Hamizi Mat Juah, terdapat kelas pembelajaran Pickleball secara percuma bagi membantu para pelajar sekolah berdekatan Taman Maluri menguasai teknik dan peraturan permainan ini.

Sewaan gelanggang Pickleball yang ditawarkan juga dikatakan lebih murah berbanding lokasi lain dengan menawarkan sewaan RM45 bagi tempoh dua jam penggunaan iaitu hari biasa (Isnin hingga Jumaat) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Manakala RM90 untuk dua jam selepas jam 5.00 petang hingga 12.00 malam pada hari biasa dan hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 malam.

“Sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Tidak mustahil sukan ini akan dipertandingkan di peringkat yang lebih tinggi selepas ini seperti SUKMA dan Sukan Sea,” katanya.

Sukan ini boleh dimain secara perseorangan atau beregu dan merupakan sukan yang baik untuk bersosial.

Sukan Pickleball ini sesuai dijadikan program riadah sosial bagi semua peringkat usia dan antara aktiviti riadah yang kini mendapat perhatian untuk bermain bersama keluarga.

-AA-

Tinggalkan komen anda