Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PKD Mobile Permudah Akses Perkhidmatan Kerajaan Dan Perkasa Kehidupan Luar Bandar

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Abdul Latip Shamsuddin (Sarawak)

SAMARAHAN, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Pusat Komuniti Desa (PKD) merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk memperkasa taraf hidup serta kesejahteraan masyarakat luar bandar, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang.

Rubiah Wang mencuba aktiviti membanting batik di reruai pameran, sebagai sokongan kepada produk dan kraftangan tempatan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan siri pertama PKD Mobile 2025 yang diadakan di Perkarangan Parkir Lot Aiman Mall, Kota Samarahan kelmarin.

“Program ini menjadi wahana utama KKDW menyantuni masyarakat desa, terutamanya di kawasan tanpa PKD fizikal atau yang terletak jauh dari pusat bandar,” jelasnya.

PKD Mobile Kota Samarahan merupakan lokasi pertama bagi tahun ini, dan merupakan permulaan kepada enam siri PKD Mobile yang akan dijalankan sepanjang 2025 – dua di Semenanjung Malaysia, dua di Sabah, dan dua di Sarawak.

Rubiah turut menjelaskan bahawa PKD Mobile membawa perkhidmatan kerajaan dan swasta terus ke kawasan pedalaman, memudahkan penduduk mendapatkan maklumat, memohon bantuan serta menerima khidmat nasihat tanpa perlu ke bandar.

Orang ramai membanjiri program PKD Mobile yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta di Aiman Mall, Kota Samarahan kelmarin.

Sebanyak 17 kementerian, jabatan dan agensi terlibat dalam program kali ini, termasuk RISDA, MARA, FELCRA, JPJ, KEMAS, PTPTN, PERKESO dan Telekom Malaysia. Program ini turut menawarkan Jualan Rahmah dengan diskaun antara 10 hingga 30 peratus.

Salah seorang pengunjung, Semawi Sulong, 68, berharap program seperti ini diadakan lebih kerap untuk membantu golongan berpendapatan rendah di luar bandar.

-RJ-

Tinggalkan komen anda