Skip to main content
Berita TempatanJohor

PMR 2025 Johor Angkat Peranan Belia dan Perpaduan MADANI

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azza Azmi/Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 24 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat Negeri Johor telah berlangsung di perkarangan Toppen Shopping Centre, disertai pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Anwar, berkata penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Johor selama tiga hari ini menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata program selama tiga hari ini menumpukan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat, di samping memperkukuh kefahaman terhadap dasar serta inisiatif di bawah Kerajaan MADANI.

“Setiap program yang diluncurkan harus mampu menyantuni rakyat. Dan dalam kalangan rakyat, elemen terpenting yang akan menentukan masa depan negara ialah anak muda sekalian,” katanya ketika merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat negeri Johor, di sini semalam.

Golongan anak muda merupakan elemen terpenting yang akan menentukan masa depan negara – Anwar Ibrahim.

Tambah Anwar, pelbagai pengisian turut dianjurkan termasuk pameran kerjaya, aktiviti sukan, kesenian dan program belia bagi merakyatkan agenda pembangunan yang inklusif dan berteraskan nilai.

“Kita perlu galakkan perpaduan melalui seni, budaya dan sukan yang membentuk akhlak serta semangat Malaysia MADANI,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Azmi Rohani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda