Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

PNiCC’25 Berjaya Menghimpunkan 105 Kumpulan dari Pelbagai Institusi

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foro: Mohd Zahid Othman/PMJB (Johor)

JOHOR BAHRU, 14 Mei (MalaysiaAktif) – PNiCC’25 yang telah diadakan secara dalam talian pada 6 Mei lalu di Politeknik METrO Johor Bahru bejaya mendapatkan penyertaaan daripada pelbagai institusi dari seluruh negara.

Dr. Noriah, berkata PNiCC’25 bertujuan memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar dan pensyarah, serta menyediakan platform pembentangan hasil inovasi sejajar teknologi semasa.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Dr. Noriah Abdul Malek, berkata PNiCC’25 berjaya menghimpunkan penyertaan 105 kumpulan dari pelbagai institusi termasuk politeknik, kolej komuniti, sekolah dan universiti seluruh negara.

“Jumlah ini mencerminkan sambutan yang luar biasa terhadap usaha memupuk budaya inovatif dalam kalangan pendidik dan pelajar.

“Program ini bertujuan memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar dan pensyarah, serta menyediakan platform pembentangan hasil inovasi sejajar teknologi semasa,” katanya selepas majlis penutup Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Peringkat Kebangsaan (PNiCC’25) di PMJB, di sini kelmarin.

Pengarah FamilyMart Malaysia Datuk Noor Azman Nordin (tengah), turut hadir sebagai pembicara utama yang berkongsi pandangan mengenai inovasi dan peranan industri dalam pendidikan teknikal.

Majlis turut menampilkan Pengarah FamilyMart Malaysia Datuk Noor Azman Nordin sebagai pembicara utama yang berkongsi pandangan bernas mengenai inovasi dan peranan industri dalam pendidikan teknikal.

Menurutnnya, penganjuran PNiCC’25 memberi impak positif menerusi peningkatan keterlibatan institusi pendidikan dalam projek berinovasi dan bernilai tambah, serta menggalakkan kolaborasi rentas bidang.

“Institusi pendidikan perlu bekerjasama rapat dengan industri bagi memastikan graduan memiliki kepakaran yang memenuhi keperluan pasaran. Input berterusan daripada industri wajar diterapkan dalam struktur pendidikan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda