
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
GOMBAK, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berjaya menumpaskan sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan pada 14 dan 27 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata tiga individu ditahan melibatkan seorang lelaki tempatan, sorang lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan.

(Tengah) Ketua Polis Daerah Gombak, Asiaten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir.
Menurutnya, Polis rampas lebih 222 kilogram (kg) syabu dan 2kg ganja bernilai RM7.1 juta dipercayai untuk pasaran lembah klang.
“Bagi kes pertama, polis menjumpai 212 bungkusan syabu dalam kereta yang ditinggalkan di sebuah gudang penyimpanan kereta pada 14 Mei.
“Siasatan lanjut membawa kepada tangkapan seorang lelaki berusia 25 tahun bekerja sebagai penjual kereta dan pencuci kereta (carwash),” katanya pada sidang media hari ini.
Jelasnya, bagi kes kedua pula pihaknya berjaya menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dipandu seorang warga asing dan seorang wanita tempatan pada 27 Mei lebih kurang pukul 6.00 pagi.

Noor Ariffin menunjukkan gambar kenderaan yang digunakan sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.
“Setelah diperiksa dijumpai satu beg plastik dipercayak berisi dadah jenis ganja anggaran seberat 2,072 gram.
“Lelaki warga negara asing itu berusia 35 tahun, masuk ke Malaysia pada 2016 sebagai pelajar sebuah universiti swasta sementara wanita tempatan pula berusia 47 tahun, mereka dipercayai pasangan kekasih,” ujarnya.
Tambah Noor Ariffin, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Keseluruhan dadah dan syabu yang dirampas kali ini boleh dibekalkan kepada 226, 475 orang pengguna dalam masa sehari,” katanya.
-ZS-