Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Jiwa@Kelab Malaysiaku Pupuk Cinta Negara dan Nilai Malaysia Madani

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azmi Abd Rahman

PASIR PUTEH, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Semangat patriotik dalam kalangan pelajar terus diperkasa apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram menganjurkan Program Jiwa@Kelab Malaysiaku dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Pasir Puteh yang berlangsung pagi tadi di Dewan SMK Jeram.

Kashfi ketika menyampaikan ucapan.

Program yang sarat dengan pengisian ilmiah dan patriotik itu dimulakan dengan ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jeram Kashfi Mohd, yang memberikan penghargaan kepada Jabatan Penerangan atas inisiatif menganjurkan program yang berimpak tinggi kepada pelajar.

“Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk rasa cinta dan setia kepada tanah air dalam diri pelajar serta membentuk generasi muda yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga unggul dari segi sahsiah dan moral,” ujarnya.

Kashfi turut menegaskan kepentingan nilai-nilai teras Malaysia Madani seperti keadilan, ehsan, hormat dan kesejahteraan yang wajar diterapkan dalam jiwa setiap pelajar untuk membina negara bangsa yang progresif dan harmoni.

Penyampaian hadiah pemenang Kuiz Kenegaraan.

Antara pengisian utama program termasuk ceramah isu semasa oleh Pegawai Penerangan Daerah Pasir Puteh Rosli Muhammad, yang membincangkan ancaman buli siber, penipuan dalam talian serta sindiket penipuan digital yang semakin membimbangkan.

Kuiz Kenegaraan turut diadakan sebagai aktiviti interaktif bagi meningkatkan kefahaman pelajar tentang sejarah negara dan isu-isu semasa berkaitan kenegaraan.

Sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan guru membuktikan komitmen tinggi warga sekolah dalam menanam semangat jati diri dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda masa kini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda