
Laporan/foto: Zatul Iffah/Mahrani
KULIM, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis Perbandaran Kulim (MPK) melancarkan Program Local Agenda 21 (LA21) yang bertujuan merancakkan lagi aktiviti komuniti setempat, semalam.

Antara tetamu jemputan yang hadir ke program
Bertemakan Membangun Komuniti Lestari, Komuniti Lestari Masa Depan Bersama, program ini memberi manfaat kepada komuniti setempat menjana ekonomi melalui pembuatan akuaponik di rumah.

Peserta yang hadir dapat melihat sendiri hasil pembuatan akuaponik
Penganjuran ini juga merupakan sebahagian daripada Dasar Komuniti Negara (DKoMN) serta menyahut seruan inisiatif Local Agenda 21 (LA21) yang menekankan kepada mewujudkan keseimbangan antara pembangunan sosial, ekonomi dan perlindungan alam sekitar.
Bersempena pelancaran ini satu sesi taklimat pembuatan akuaponik di rumah telah disampaikan oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Ts Dr. Mohd Farizal Rajemi kepada komuniti sekitar Daerah Kulim.
Majlis perasmian turut disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim, Noorul Azyyati Ahmad Salmi.
Turut diadakan majlis penyerahan peralatan berupa mesin gergaji pokok kepada setiap ahli majlis di daerah Kulim.
-AA-