Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Sembang Santai Kuala Krai Kukuh Hubungan Dua Hala

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof

KUALA KRAI, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Program Sembang Santai Komuniti MADANI yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, Mengkebang Jaya di sini berjaya menghimpunkan penduduk setempat dalam suasana mesra dan penuh keterbukaan bagi membincangkan isu-isu semasa serta dasar kerajaan secara langsung bersama wakil-wakil agensi.

Ucapan alu-aluan Ketua Komuniti MADANI Mengkebang Jaya.

Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif ke arah memperkukuh hubungan antara kerajaan dan masyarakat melalui pendekatan komunikasi dua hala yang santai tetapi bermakna.

Antara isu yang menjadi tumpuan termasuk keselamatan siber, saluran bantuan kerajaan serta peranan komuniti dalam pembangunan setempat.

Penduduk tempatan turut menyambut baik usaha ini.

Salah seorang peserta Rohaya, 56, berkata program sebegini sangat membantu mereka memahami pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

“Program Sembang Santai seperti ini sangat membantu kami, terutamanya dalam memahami pelbagai bantuan kerajaan yang ada,” katanya.

Bagi Hong, 63, sesi dialog seperti ini memberikan pendedahan yang berguna terutama berkaitan isu keselamatan digital.

“Dengan adanya program seperti ini, saya lebih faham tentang isu keselamatan siber yang semakin berkembang,” ujarnya.

Senamrobik dalam kalangan komuniti yang hadir.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk mengemukakan pendapat, berkongsi pengalaman serta mengutarakan cadangan bagi penambahbaikan kawasan mereka selain menekankan nilai kebersamaan dan tanggungjawab kolektif dalam membina komuniti yang harmoni dan berdaya tahan.

Penganjuran Program Sembang Santai Komuniti MADANI ini dilihat sebagai satu langkah efektif dalam merapatkan jurang komunikasi antara rakyat dan kerajaan di samping meningkatkan kefahaman terhadap dasar-dasar negara yang berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Dengan sambutan menggalakkan, program seumpama ini dijangka akan diperluaskan ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda