Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Projek Keli Kanvas Inisiatif SejaTi MADANI Kuala Pertang Tuai Hasil Pertama

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Aula Nik Soh

KUALA KRAI, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Projek ternakan ikan keli menggunakan kaedah kanvas di bawah inisiatif SejaTi MADANI Kuala Pertang mencatat kejayaan awal apabila hasil tuaian pertama mula dipasarkan kepada penduduk tempatan.

Jualan secara runcit RM8 sekilogram kepada komuniti kampung.

Projek yang bertujuan memperkasakan ekonomi komuniti luar bandar melalui pendekatan akuakultur moden dan mesra alam ini dilihat membuahkan hasil apabila ikan yang diternak membesar dengan baik dan melebihi sasaran berat.

Menurut penyelaras projek Adnan Mat Yassin, 63, pencapaian ini membuktikan bahawa sistem ternakan kanvas mampu memberikan pulangan yang menguntungkan dengan kos operasi yang lebih rendah.

“Alhamdulillah, hasil tuaian pertama menunjukkan pertumbuhan ikan sangat memuaskan. Ini membuktikan potensi besar sistem kanvas sebagai alternatif kepada ternakan konvensional,” katanya ketika ditemui di lokasi projek, di sini semalam.

Lebih menggembirakan, hasil tuaian sulung itu turut menarik minat pembeli pertama Rosbie Mat Zin, 55, yang membeli sebanyak 10 kilogram ikan keli untuk dipasarkan secara tempatan.

Adnan Mat Yassin.

“Ikan keli di sini sangat segar dan berkualiti, setanding dengan ternakan kolam biasa.

“Saya menyokong penuh usaha komuniti ini dan akan terus membeli dari mereka, insya-Allah,” katanya.

Projek ini turut menerima sokongan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan bantuan dalam bentuk latihan teknikal, benih ikan serta kemudahan pemasaran kepada para peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda