Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Projek Tebatan Banjir Batu Pahat Pacu Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat

By 6 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Exco Kerja Raya Negeri Johor (Johor)

BATU PAHAT, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Projek Tebatan Banjir (RTB) Daerah Batu Pahat merupakan satu inisiatif strategik Kerajaan Negeri Johor bagi menangani isu banjir yang sering melanda kawasan ini, khususnya ketika musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata pelaksanaan projek ini mencerminkan iltizam berterusan kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata beliau amat menghargai kerjasama erat daripada agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan serta komuniti setempat dalam menjayakan Projek Tebatan Banjir (RTB) demi manfaat penduduk Batu Pahat

“Tiga komponen utama yang dikenal pasti sebagai berkeutamaan tinggi dalam pelan tebatan banjir ini ialah RTB Sungai Batu Pahat, RTB Bandar Batu Pahat dan Projek Menaik Taraf Empangan Sembrong,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah Mohamad Fazli, sebanyak RM286.5 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek ini melibatkan pelbagai komponen penting seperti pembinaan dan penaiktarafan sistem saliran, pengukuhan tebing sungai, serta pembinaan kolam takungan banjir bagi mengurangkan risiko limpahan air secara berkesan.

“Dengan pelaksanaan menyeluruh, projek ini dijangka dapat mengurangkan kerosakan harta benda, meminimumkan gangguan terhadap aktiviti ekonomi tempatan, serta meningkatkan daya tahan infrastruktur awam di kawasan terlibat.

“Diharapkan agar segala perancangan dan pelaksanaan projek ini dapat berjalan lancar serta memberikan manfaat jangka panjang kepada penduduk Batu Pahat,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda