Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

RM100 Ribu Zakat Wakalah Disalurkan kepada Lima Masjid Terpilih di Telok Air Tawar

By 9 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Mohd Ridhuan Fadhil

TASEK GELUGOR, 23 Mei (MalaysiaAktif) – Sebanyak lima buah masjid terpilih di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Telok Air Tawar menerima sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20 ribu setiap satu, dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr. Mohamad Abd Hamid, di sini kelmarin.

Dr. Mohamad ketika berucap di Masjid Permatang Tok Gelam.

Sumbangan tersebut disalurkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Pusat Urus Zakat MAINPP dan diserahkan kepada Masjid Bagan Belat, Masjid Permatang Binjai, Masjid Telok Air Tawar, Masjid Bagan Lebai Tahir dan Masjid Permatang Tok Gelam.

Turut hadir dalam majlis ialah Pengurus Besar TNB Pulau Pinang Ir. Norhizami Abu Hassan, Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang Za’im Md Yudin serta tokoh-tokoh ilmuwan muamalat Islam.

Setiap masjid menerima RM20 ribu zakat wakalah yang disalurkan oleh TNB.

Dr. Mohamad turut menegaskan pentingnya kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan misi pembangunan Islam termasuk penyelesaian isu-isu yang melibatkan pertindihan antara hukum syarak dan undang-undang sivil.

“Segala bentuk pembangunan memerlukan asas yang kukuh, salah satu daripadanya ialah tanah.

“Alhamdulillah hasil kutipan dan pengurusan dana wakaf yang cekap MAIPP dapat mengurus pembelian tanah termasuk bagi keperluan tapak perkuburan yang kini bukan lagi menjadi isu besar di Pulau Pinang,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda